Soalan Lazim
Apa itu MyJurnal?+
Diari digital peribadi untuk menulis cerita hidup anda, menyimpan gambar dan video, menjejak habit harian, menyimpan tarikh penting dan mendapat refleksi AI.
Betulkah percuma 30 hari?+
Ya. Akaun baharu mendapat akses Premium penuh selama 30 hari tanpa kad kredit. Selepas itu anda boleh kekal di pelan Percuma atau melanggan Premium.
Berapa harga Premium?+
RM20 sebulan, diperbaharui secara automatik dan boleh dibatalkan bila-bila masa.
Apa bezanya pelan Percuma dan Premium?+
Pelan Percuma mempunyai had 50 gambar dan 10 video keseluruhan. Premium tiada had tersebut. Cerita yang sudah ditulis tidak hilang jika anda kembali ke pelan Percuma.
Bagaimana saya membatalkan langganan?+
Di halaman Utama, tekan "Urus langganan" dan batalkan melalui portal Stripe. Akses Premium kekal sehingga akhir tempoh yang telah dibayar.
Adakah diari saya benar-benar peribadi?+
Setiap cerita peribadi secara default, tiada suapan awam dan pengguna lain tidak boleh membacanya. Halaman admin tidak memaparkan kandungan diari. Lihat Dasar Privasi untuk butiran penuh.
Adakah cerita saya dihantar kepada AI?+
Hanya apabila anda sendiri menjana refleksi untuk cerita, minggu, bulan atau tahun. Teks cerita berkenaan dihantar ke OpenAI. Gambar dan video tidak dihantar. Popup AI harian tidak menghantar cerita anda melainkan anda memilih untuk memperibadikannya.
Apa had gambar dan video?+
Video: MP4, MOV atau WebM sehingga 50 MB setiap satu, maksimum 3 video setiap cerita. Gambar dimampatkan secara automatik sebelum disimpan.
Bagaimana habit harian berfungsi?+
Di halaman Utama, tambah habit yang anda mahu (cth. Solat, Senaman, Membaca) dan tandakan setiap hari. Streak 🔥 menunjukkan berapa hari berturut-turut. Anda boleh menambah dan memadam habit bila-bila masa.
Apa itu Tarikh Penting?+
Simpan tarikh seperti hari jadi, ulang tahun atau temujanji. App menunjukkan berapa hari lagi, dan boleh diulang setiap tahun.
Bolehkah saya memadam akaun?+
Ya. Hantar permintaan melalui borang Maklum Balas dalam app dan kami akan memadam akaun serta data anda.
Saya ada cadangan atau masalah. Hubungi siapa?+
Gunakan borang Maklum Balas di bahagian bawah setiap halaman dalam app. Setiap maklum balas dibaca.